Tuesday, August 2, 2016

Rumusan (3/8/2016)

     Petikan membincangkan langkah-langkah membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia.

     Antara langkah yang digunakan ialah mempromosikan usaha memelihara alam sekitar. Selain itu, memberikan pendidikan awal kepada anak kecil. Seterusnya, menggunakan sumber alam secara berhemat. Di samping itu, kita juga perlu membuang sampah di tempat yang disediakan. Tambahan pula, mengasingkan jenis-jenis sampah yang mahu dibuang. Akhir sekali, menggunakan semula barang-barang lama.

     Kepentingan mewujudkan alam sekitar yang bersih ialah negara akan dipandang baik oleh pelancong asing. Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit.

     Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama supaya alam sekitar di Malaysia terus menjadi bersih dan sejuk mata memandang.

Latihan Tatabahasa

A)

(i) Pakaian yang dipakai oleh Syukrey semasa menghadiri majlis perasmian Sekolah Kampung Baru sangat kemas.

(ii) Ahmed mengemaskan meja makan di rumahnya kerana ada tetamu yang ingin berkunjung ke rumahnya.

(iii) Kekemasan merupakan komponen yang penting semasa menghadiri temu duga untuk mendapat kerja.

(iv) Harga jualan semasa Hari Usahawan Desa yang lepas sangat berpatutan dan ianya mampu milik.

(v) Kita haruslah menghargai jasa pejuang-pejuang tanah air yang banyak berjasa untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

(vi) Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato' Dr. Ali diatas kesudiannya untuk menghadiri majlis Makan Malam Kolej Ahmed Ali.


B)

(i) Beberapa buah buku masakan tradisional telah dihasilkan oleh saya antara tahun 2000 hingga 2006. / Antara tahun 2000 hingga 2006, beberapa buku masakan tradisional telah dihasilkan oleh saya.

(ii) Sayur-sayuran di belakang rumah mesti disiram oleh kamu setiap petang.

(iii) Latihan intensif selama tiga bulan telah dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara.


C)

(i) Kesalahan Ejaan: Mendukung
    Kesalahan Imbuhan: Memasyarakatkan

(ii) Kesalahan Ejaan: Pelupusan
     Kesalahan Imbuhan: Dipantau

(iii) Kesalahan Ejaan: Produknya
      Kesalahan Imbuhan: Menyasarkan


D)

(i) Kesalahan Kata/Istilah: Dari - Daripada
    Kesalahan Tatabahasa: Atur Susun - Susun Atur

(ii) Kesalahan Kata/Istilah: Membajak Padi - Membajak Sawah
     Kesalahan Tatabahasa: Keseluruhan-Keseluruhan Penduduk - Keseluruhan Penduduk

(iii) Kesalahan Kata/Istilah: Pindaan - Rombakan
      Kesalahan Tatabahasa: Setengah - Sesetengah

Monday, August 1, 2016

Laporan iFSC 2016

Pada 26 Julai hingga 28 Julai 2016, iFSC (International Future Scientists Conference) 2016 telah diadakan di Kolej PERMATApintar. Tema pada tahun ini adalah 'Breaking Boundaries, Shaping the Future). Seramai 245 orang pelajar dari 22 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. Sekolah yang telah menyertai pertandingan tersebut termasuk MRSM Batu Pahat, SM Sains Banting dan sebagainya. Majlis pembukaan diadakan pada petang 26 Julai 2016 (Selasa) di auditorium Kolej PERMATApintar Negara. Ia berlangsung selama sejam setengah. Hari kedua dimulai dengan sesi pembentangan dan penilaian penyelidikan dan bengkel pertama diadakan pada petang tersebut oleh Prof. Dr. Shahidan Radman. Hari terakhir dimulakan dengan bengkel kedua oleh Dr. Janet Lim Hong Ngee dan diteruskan dengan majlis penutupan.

Majlis perasmian berlangsung pada 26 Julai, bersamaan hari Selasa, pada jam 2:30 petang. Majlis bermula setelah kesemua peserta dan para VIP telah tiba. Ketibaan para tetamu kehormat telah diiringi dengan paluan kompang oleh pelajar seni persembahan Foundation 3. Majlis dimulakan dengan nyanyian negaraku dan varsiti kita. Kemudian, disusuli dengan bacaan doa oleh pelajar Kolej PERMATApintar Negara iaitu Wan Ahmad Ghazaly. Selepas itu, dua persembahan tarian telah dipersembahkan oleh pelajar SP (seni persembahan) yang teridiri daripada beberapa orang pelajar foundation 2 dan 3. Seterusnya, tayangan video montaj telah. Selesai sahaja tayangan video,dijemput Prof Dato' Dr. Noriah untuk memberikan ucapan alu-aluan kepada peserta-peserta program ini. Tidak lama selepas itu, tamatlah majlis permasmian.


Senarai Research:
1) Child Safety System
2) Hi-Sleep Shock
3) Universal Kool-Heat
4) Gas Volume Indicator
5) The Cytotoxicity Effect of Nephelium Lappaceum Leaves Extract on Human Cancer Cells
6) Waste Not: Used Cooking Oil a Miracle for Sound Absorbent as a Renewable Polymer from Composite
7) Ab-Trap'15
8) Making a Better High-Speed Camera
9) Miracle Under Your Feet
10) Kibo Balls the Salt Water Ball; How to Rescue An Aeroplane-Crashed Survivors
11) My Elaisexmino (MLX) A Solution to Oil Spills
12) Preliminary Evaluation of Durio Zibethinus Husk Extract As Potential Anti-Microbial Agent and Plant Growth Promoter
13) MiMP Detector
14) Hydro Pot 2.0
15) Bioartificial Filter
16) Producing Bioethanol From Oil Palm Leaves By Using Cellulase From Bacteria
17) Sertu Soap
18) From Waste to Wealth: Grange WCO Skin Cream
19) Application of Wind Turbines On Highways to Generate Wind Electricity
20) Application of Effective Microorganism For Sustainable Crop Production
21) Increasing Lipid Yields In Clhorella Vulgaris
22) CaCO Tiles
23) Citrullus Lanatus and Murraya Koenigii As a Solution To Dimishing Pigment of Hair
24) Fybrid
25) The Application of Different Processes In Water Treatment on Water Colour Wastage
26) Smart Rollator
27) Biodegradable Nursery Polybag Made of Ecology Waste
28) Smart Table
29) Reduction of Plastic Waste Using New Fabricated Biodegradable 'Infinity Spoon'
30) Effects of Music on Different Instruments And In Different Tempo to the Mental Concentration of Students
31) Low Cost, Effective and Environmentally Friendly Vermiculture Composting Method
32) Varicella Zoster Herbal Lactis
33) Rhodophyta Eucheuma Cottonii Bio Plastic
34) Study of Commonly Found Herbs in Malaysia And Its Ability of Anti-Mosquito Effect
35) Tapping Gravitational Potential Energy to Generate Electricity-Mini Hydro Electric Generator
36) The Relationship Between Anxiety, Depression and Stress with Academic Stress and Self-Concept Among ASASIpintar Students
37) The Link Between ASASIpintar Students' Resilience with Their Self-Esteem Level And Academic Performance.
38) Individuals with Autism Spectrum Disorder: Their Take on ASD
39) The Efficacy of Trastuzumab as Adjuvant Targeted Therapy In Preventing Cancer Recurrence Among HER-2 Positive Breast Cancer Patients
40) Exploring the Best Approach of Gaba Rice Production from UKM's Rice Varieties
41) The Determination of Sky Brightness at PERMATApintar Observatory
42) Effect of Lonizing Radiation on Plant
43) Forensic Analysis on Lipstick Trace by Using TLC and GC-MS
44) Laparoscopy Training Tools
45) The Effect of Chenodeoxycholic Acid On Efficiency of Dye-Sensitized Solar Cell
46) Metabolite Profiling and Biological Activities of Azadirachta Indica (A. Juss) Leaf Extract
47) Water Harvesting from Air
48) Bio Conversion of Empty Fruit Bunch (EFB) Agro Waste Using Cellulolytic Bacteria Isolated From Termite
49) The Preparation and Characterization of Functional Sago Startch
50) Synergistic Palm-Based Polyurethane System for 2D Decorative Ink
51) Smart Green Anti Corrosion Derived From Imperata Cylindrica In Oil and Gas Pipeline Applications
52) Analysis of Flavonoids in Commercially Available Lignosus Rhinocerus Dried Powder Extract by Reversed-Phase High Performance Liquid Chromatograph (RP-HPLC)
53) The Consequences of Combining Fruit Towards Health
54) The Potential of Lansium Demosticum Leaves to Become The New Addictive Drugs And Its Effects Towards Human Nervous System
55) Absorption and Desorption Studies of CO2 by Cilia Gel Impregnated with Tetradecylamine
56) Smart Green Screen
57) Chicken Skin: Wastes or Resources?
58) Unlocking the Lipid Energy Stored In Plant Cell Walls
59) Replacement of Animal Fat with Red Palm Fat in Beef Burger
60) Genetic Identification of Dried Shark Fins from Sabah Markets
61) The Preliminary Studies of Wound Healing Properties of Impatiens Balsamina
62) Kombucha Skin Patch Hydrogel
63) Creating Pen Drive with Bluetooth Technology
64) From Garbage to Gold: An Alternative to E-Waste Management
65) The Uses of Complementary and Alternative Medicine Among Malaysian
66) The Dangers of Substances of Electronic Cigarettes Among Teenagers in Malaysia
67) Dioscorea Hispida (Ubi Gadong) as a Natural Repellent
68) Effect of 1-Methyl 3-Propylimidazolium Iodine (MPII) On Bio-Based Polyurethane Gel Polymer Electrolyte For Solid-State Dye-Sensitized Solar Cell

Senarai Sekolah :
1) Sekolah Menegah Sains Tuanku Munawir
2) MRSM Batu Pahat
3) SM Sains Banting
4) SMK Jalan Tiga
5) Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
6) Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
7) MRSM Baling
8) SM Sains TG Muhd Faris Petra
9) SBPI Rawang
10) Maktab Tentera Diraja
11) SBPI Gomak
12) Sekolah Sultan Alam Shah
13) Sekolah Tun Fatimah
14) Sekolah Menengah Sains Labuan
15) Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
16) SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru
17) Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
18) SMK Adela Kota Tinggi Johor
19) SMK Ulu Tiram
20) SJK Tamil Ladang Mount Austin
21) Kolej PERMATApintar Negara
22) ASASIpintar

Majlis penutupan berlangsung pada jam 11.15 pagi pada hari Khamis, bersamaan dengan 28 Julai 2016. Majlis sepatutnya bermula pada jam 11.00 pagi, tetapi, disebabkan bengkel habis lewat, majlis penutupan pun bermula lewat. Sebelum, majlis penutupan berlangsung, acara penyampaian hadiah telah diadakan. Sesudahnya acara penyampaian hadiah, pelajar seni persembahan sekali lagi mempersembahkan tarian yang menrik untuk ditonton. Selepas itu, diteruskan dengan majlis penutupan. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Naib Timbalan Canselori Univeristi Kebangsaan Malaysia. majlis bersurai.

Tuesday, July 19, 2016

Latihan Retorik

1. “Saya bersetuju dengan cadangan Encik Ghazali tadi kerana kita sebagai ibubapa patut menyumbangkan tenaga secara bergotong-royong, membina, dan menyiapkan tempat belajar sementara bagi menampung keperluan pelajar sekolah ini. Kita jangan asyik meminta bantuan daripada kerajaan sahaja.

-Retorik penghujahan-


2. Encik Ahmad seorang pelukis kartun terkenal. Beliau dijemput oleh kelab seni sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur untuk menunjukkan teknik melukis kartun.

-Retorik Penceritaan-


3. Wanita yang ditemui itu berseluar biru, memakai kemeja berlengan panjang, berambut pendek, berkulit cerah, bertahi lalat di bawah bibir, memakai kasut hitam bertumit tinggi, memakai kaca mata hitam, dan beg tangan berjenama Christine de Or.

-Retorik Pemerian-


4. Pak Usof tidak puas hati dengan keputusan ahli jawatankuasa surau yang hendak memindahkan tapak surau itu ke tempat lain. Dengan geram Pak Usof menyuarakan bantahannya kepada Tuk Penghulu. “Tuk, apa salahnya tapak surau ini dikekalkan di sini? Sudah turun-temurun surau ini terpacak di sini. Letaknya di tengah-tengah kampung. Sebelah hilirnya ada sungai, di sebelah hulu pula ada jalan. Tapak baru itu apa yang ada?”

-Retotik Pemujukan-


5. Petroleum atau minyak batu-batan berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu petra yang bermaksud batu atau batu-batan dan oleum yang bermaksud minyak. Petroleum wujud dengan banyak di dalam tanah, berbentuk cecair, gas, separuh pepejal atau pepejal. Dari segi kimianya, petroleum merupakan sejenis campuran yang amat kompleks.

-Retorik Pendedahan-


6.  Kuala Terenggan menjadi sebuah lagi destinasi pelancongan yang kian popular dalam kalangan pelancong yang mengunjungi Taman Negara, Pahang. Kuala Terenggan terletak di satu kawasan terpencil. Keadaan itu sedikit sebanyak menyukarkan para pengunjung untuk ke sana. Kedudukannya kira-kira 9.1 km dari Kuala Tahan. Jika melalui Sungai Tembeling, jauhnya kira-kira 12.5 km.

-Retorik Pendedahan-


7. Pengarang mengemukakan cadangan atau gagasan. Gagasan disokong oleh fakta, bukti, contoh, dan data. Sekongan yang diberikan relevan dan rasional.

-Retorik Pemerian-


8. Banglo milik Sazali itu dibina dua tahun yang lalu di atas tanah seluas 8000 kaki persegi. Kawasan banglo dengan landskap ala Bali menjadikan pemandangan di sekitar banglo itu amat menarik. Ada pokok-pokok hijau di sekeliling banglo itu dan sebuah kolam ikan yang menimbulkan suasana yang aman damai.

-Retorik Penceritaan-


9. Alat bantu digital peribadi (PDA) Sybo SJ20 yang bersaiz 2.54 x 7.36 cm ini boleh digunakan sebagai pengganti komputer buku. SJ20 menggunakan perisian Graffito keluaran Palmo. Alat ini boleh membaca dan mengedit fail-fail Excel. Sebelum ini, ciri-ciri demikian hanya terdapat pada komputer peribadi.

-Retorik Pemerian-


10. Penjara Pudu bukanlah satu nama asing bagi warga kota. Kedudukannya yang hampir dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur meningatkan kita tentang keutuhan kubu A Famosa yang berdiri gagah di bandar raya Melaka. Kos pembinaan penjara ini ialah RM320 000, iaitu jumlah yang cukup besar ketika itu.

-Retorik Pendedahan-


11. Pengimport tunggal Bumiputera bagi daging dan makanan laut dari beberapa buah negara Eropah, iaitu Syarikat Osmal Sdn. Bhd., yakin bahawa permintaan bekalan barang tersebut tidak terjejas walaupun berlaku perang. Sebaliknya, pengimport berkenaan menjangka bahawa permintaan terus stabil dan meningkat.

- Retorik Penghujahan-


12. Virus misteri radang paru-paru akibat Sindrom Pernafasan Yang Teruk telah mengorbankan nyawa yang banyak. Sindrom ini menyebabkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, penyakit ini mudah berjangkit dan tiada penawarnya. Kerajaan mestilah mengambil tindakan tegas dengan mengkuarantinkan mereka yang baru pulang dari negara yang dilanda penyakit tersebut.

- Retorik Pendedahan-


13. Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan dahulu wajar diteruskan kerana dasar itu relevan dan penting bagi memajukan Malaysia dalam pelbagai bidang,khususnya dalam bidang teknologi. Hal ini demikian kerana nilai dan etika negara matahari terbit itu sesuai dijadikan model untuk meningkatkan pembangunan negara.

-Retorik Penghujahan-

Monday, July 18, 2016

Retorik

Retorik Pemerian:

Rakan saya, Karim Al-Zema, berusia 26 tahun, sudah berkahwin, mempunyai 2 orang anak, mempunyai rupa paras seperti artis Korea. Kulitnya gelap, tingginya 1.8 meter, dan beratnya 63 kilogram. Matanya rabun tetapi tidak mahu memakai cermin mata, kakinya panjang lebih dari orang lain. Rambutnya seakan-akan Justin Bieber. Ketika berjalan, langkahnya sungguh laju seperti mahu berlumba. Ketika berlari juga, langkahnya mengalahkan langkah lipas kudung berlari.

Retorik Pemujukan:

Perasaan Takut:

Jangan bermain semasa Maghrib, nanti kena culik dengasadn orang bunian.

Perasaan Rasa Bersalah:

"Tidakkah kamu rasa bersalah terhadap ibu kamu? Kamu telah memukulnya dengan kayu yang keras. Kamu tidak ingatkah jasanya semasa kamu kecil dahulu? Dia yang mencari makanan untuk kamu. Tidak pernah dia memukulmu dengan objek yang keras seperti itu."

Retorik Penceritaan:

Hidupku dahulunya tinggal di bawah jambatan. Aku tinggal seorang diri disitu. Sungguh ramai orang yang lalu di situ langsung tidak mengendahkanku. Aku berasa sungguh sedih. Aku anak tunggal, tiada adik beradik. Ibu dan ayahku pergi semasa aku masih kecil. Aku dibesarkan oleh ibu saudaraku. Oleh kerana aku tidak dapat menyambung pengajianku, aku telah menyusahkan mereka. Mereka telah banyak menghabiskan duit untuk aku, tetapi semuanya membazir kerana aku seorang yang malas. Sekarang aku sedar malas adalah penyakit yang sangat merbahaya yang dapat menggagalkan kita semua. Oleh sebab itu mereka membuangku dari rumah mereka. Pihak kerajaan telah membantu orang-orang sepertiku yang tinggal di bawah jambatan. Mereka memberikan peluang pekerjaan kepada kami. Kini aku dapat hidup dengan selesa hasil dari penat lelahku sendiri. Aku telah membuang penyakit malas itu dan kini aku sangat rajin untuk melakukan kerja-kerja.

Retorik Pendedahan:

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, amfibia, dan reptilia.

Retorik Penghujahan:

Malaysia telah menuju ke arah status negara industri. Walau bagaimanapun, masalah kekurangan tenaga teknokrat dan professional merupakan kekangan yang perlu ditangani segera. Masalah ini akan menyebabkan Malaysia ketinggalan berbanding Negara yang telah maju. Laungan Wawasan 2020 pasti hanya akan tinggal sebagai laungan semata-mata.

Monday, April 25, 2016

JURNAL (25/4/2016)

     Memandangkan esok kami akan mengadakan temasya sukan tahunan PERMATApintar, saya ingin berkongsi tentang sukan olimpik...

Bendera Rasmi Olympic 


Dicipta oleh Pierre de Coubertin pada tahun 1914, bendera Olympic mengandungi 5 saling cincin di atas latar belakang putih. Lima cincin melambangkan lima benua penting dan saling melambangkan persahabatan yang akan diperolehi daripada pertandingan antarabangsa ini. Cincin, dari kiri ke kanan, biru, kuning, hitam, hijau, dan merah. Warna-warna yang telah dipilih kerana sekurang-kurangnya salah satu darinya muncul pada bendera setiap negara di dunia. Bendera Olympic telah dikibarkan buat pertama kalinya semasa Sukan Olympic pada tahun 1920. 

Moto Olympic


Pada tahun 1921, Pierre de Coubertin, pengasas Sukan Olympic moden, meminjam frasa Latin dari kawannya, Father Henri Didon, untuk motto Olympic: Citius, Altius, Fortius ("lebih cepat, lebih tinggi, lebih kukuh").

Ikrar Olimpik 


Pierre de Coubertin menulis ikrar bagi atlet untuk membacanya pada setiap Sukan Olympic. Sewaktu upacara pembukaan, seorang atlet membaca sumpah bagi pihak semua atlet. Ikrar Olympic menyatakan,

"Dengan nama semua pesaing, saya berjanji bahawa kita akan mengambil bahagian dalam Sukan Olympic, menghormati dan mematuhi peraturan yang mengawal mereka, dalam semangat kesukanan sebenar, untuk kemuliaan sukan dan penghormatan pasukan kami. " 

Sebuah Bandar Raya, Tidak Negara


Apabila memilih lokasi untuk Sukan Olympic, IOC (International Olympic Committee) secara khusus memberikan penghormatan penganjuran kepada bandar berbanding sebuah negara. 

Upacara Pembukaan Pertama 


Upacara pembukaan pertama telah diadakan pada 1908 Sukan Olympic di London

IOC Diplomat 


Dalam usaha untuk membuat IOC sebuah organisasi bebas, ahli-ahli IOC tidak dianggap diplomat dari negara-negara mereka kepada IOC, tetapi diplomat dari IOC kepada negara masing-masing.

Api Olympic


Api Sukan Olympic yang pertama muncul adalah pada tahun 1928 di Amsterdam. Api Oliympic merupakan satu amalan yang diteruskan dari Sukan Olympic purba di Olympia (Greece) dimana api telah dinyalakan dan terus terbakar sehingga penutup Sukan Olympic.

Lagu Hymne Olympic 


Lagu Hymne Olimpik dimainkan semasa Bendera Olympic dinaikkan, telah digubah oleh Spyros Samaras dan perkataan terkini Palamas Kostis. Lagu Hymne Olimpik pertama dimainkan di Sukan Olympic 1896 di Athens tetapi tidak diisytiharkan rasmi oleh IOC sehinggalah pada tahun 1957.

Pingat 


Pingat-pingat Olympic direka oleh jawatankuasa penganjur bandar raya tuan rumah. Pingat setiap mestilah sekurang-kurangnya 3 mm tebal dan 60 mm diameter. Juga, emas dan pingat perak Olympic mesti dibuat daripada 92,5 peratus perak, dengan pingat emas yang dilindungi dalam 6 gram emas. 

Pingat Emas Tulen


Pingat emas Olimpik terakhir yang dibuat sepenuhnya daripada emas telah dianugerahkan pada tahun 1912.

Siaran Televisyen 


Sukan Berlin pada tahun 1936 adalah sukan pertama yang disiarkan melalui televisyen. 

Atlet Wanita 


Ia tidak dibenarkan sehingga pada tahun 1900 dimana wanita dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olympic. 

Saya sangat tidak sabar akan hari sukan yang akan tiba esok.... woahhhhh

Friday, April 22, 2016

JURNAL (22/4/2016)

 Hari ini merupakan hari dan pagi yang sangat teratur.  Ini adalah kerana, saya telah bangun awal pada pukul 5.30pagi.  Di dalam bilik saya, Aqil dan Muryid juga kawan abang Fawaz iaitu Don telah tidur bersama saya dan abang Fawaz.  Pada pukul 6.15 pagi, seperti biasa Akmal telah menyuruh semua pemain ragbi turun berjogging.  Saya telah turun dulu kerana Aqil dan Mursyid mahu menukar baju dahulu tetapi saya tidak kerana saya terus sahaja berjogging dengan baju tidur lenan pendek saya dan seluar pendek saja.  Saya telah turun dan menggantikan pusingan semalam.Pagi ini saya telah menghabiskan 12 pusingan.  Tetapi mungkin kerana faktor saiz badan saya, Aqil dan Mursyid telah habis terlebih dahulu walaupun mereka turun lambat dari saya. Saya redha tetapi saya bangga kerana mereka tetap memberi sokongan kepada saya.

            Saya naik ke asrama jam 7.30 pagi.  Saya duduk sebentar menghilangkan peluh sebelum mandi.  Setelah selesai mandi, saya pulang ke bilik dan terkejut kerana Aqil dan Muryid telah berada di bilik saya dan rupanya mereka menunggu saya untuk ke kelas bersama-sama.  Pagi ini kami telah terlewat untuk ke perhimpunan. Hari ini pula perhimpunan pagi lambat habis.  Saya telah dimaklumkan oleh Afiq kerana ada taklimat Hari Keusahawanan untuk hari esok.  Hari ini saya menjalani P&P saya seperti biasa. 


Pada malam ini, perlawanan akhir perseorangan ping pong.  Saya adalah pesertanya yang akan bertemu dengan Raymand.  Kami berdua adalah wakil Sapphire. Kawan-kawan saya iaitu kesemua pelajar batch saya iaitu rakan Empayar Lelaki saya telah datang untuk menyaksikan perlawanan ini dan mereka semua memberikan sokongan dan semangat kepada saya walaupun bukan pasukan rumah saya.  Saya bertekad untuk tidak menghampakan mereka. Set pertama dimenangi oleh Raymand, ‘ 11-8 ’. set kedua saya telah menang, ‘ 12-14 ’ dan tetapi set ketiga Raymand telah menang dengan mata ‘11-9’.  Saya begitu terharu kerana setelah habis sahaja perlawanan, semua rakan saya menghampiri dan memeluk saya.  Mereka memberikan kata semangat dengan mengatakan saya telah buat yang terbaik. Saya begitu sedih kerana saya tidak dapat mengekalkan kejuaraan saya dan memenuhi impian rakan-rakan saya untuk menang seperti tahun lepas. 

Selepas itu, saya pergi pula ke perjumpaan Sapphire kerana setiap rumah perlu membuat satu aktiviti untuk mengumpul dana hari sukan semasa Hari Keusahawanan esok.  Kapten rumah Sapphire telah membuat 4 aktiviti.  Saya, Muaz, Aqil dan Syed telah menjaga bahagian Maze.  Setelah mendapat arahan itu, kami berempat perlu menyediakan kelengkapan untuk esok.  Roomade saya abang Fawwaz telah datang menolong kami berempat kerana esok dia tiada untuk ke pertandingan Math. Rupanya dia juga perlu menjaga bahagian ini bersama kami.Kami hanya menggunakan kerusi dan meja sahaja untuk maze ini.  Hampir pukul 1.20 pagi baru kami selesai tugasan dan pulang.

Saya tidak sabar untuk menunggu hari esok kerana akan ibu bapa saya akan membelikan boot baru untuk saya menyertai perlawanan raghbi nanti. Esok juga saya akan bersama rakan-rakan mencari dana menolong rumah Sapphire bagi sukan tahun ini.

Thursday, April 21, 2016

JURNAL (21/4/2016)

     Saya akan menceritakan 10 tabiat rakyat Malaysia yang perlu dihindari...

     Malaysia terkenal dengan rakyatnya yang amat peramah dan bersopan santun tetapi ada masanya mereka hilang sifat murni ini contohnya ketika di jalan raya. Ini adalah antara sikap dan perangai negatif yang seringkali terjadi dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkara yang akan kami senaraikan ini amat memalukan dan boleh mendatangkan tanggapan negatif masyarakat luar terhadap negara kita.

     1. Double – Park

Ini selalu membuatkan jalan menjadi sempit sampai jadi ‘jammed’.  Kalau nak parking double, duduk lah dalam kereta atau masa dekat luar kereta, anda kena selalu perhatikan kereta lain nak keluar parking.

     2. Potong barisan

Potong Que/Barisan adalah satu perbuatan kurang sopan yang paling tidak disukai ramai. Perbuatan ini seperti merampas hak yang telah dimiliki oleh orang lain.

     3. Tidak Mempeduli Arahan Papan Tanda Awam

Rakyat malaysia terkenal dengan tabiat mereka yang tidak mengambil endah arahan papan tanda awam seperti merokok di tempat yang di larang, meletakkan kenderaan ditempat yang tidak dibenarkan dan bermacam-macam lagi.

     4. Tidak peka dengan masa

Penyakit buruk Rakyat Malaysia ialah mereka tidak menghargai masa dan akhirnya selalu lewat dalam segala perkara.

     5. Memandu secara melulu dan berbahaya.

Rakyat Malaysia selalunya akan hilang kewarasan apabila mereka memandu di jalan raya dengan secara sengaja menukar laluan tanpa memberi isyarat, mengekori rapat kereta dihadapan, menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu lain dan bermacam-macam lagi.

     6. Memandu sambil main smartphone.

Haha mengaku je lah benda ni semua pernah buat kan? Tak kira walaupun anda boleh lakukan pelbagai tugasan dalam satu masa, tabiat ini pastinya akan menganggu konsentrasi anda ketika memandu.

     7. Gemar minta diskaun/hadiah

Apabila membeli barang yang terlampau mahal seperti smartphone atau laptop, mesti ramai yang minta “free-gift” ataupun diskaun? Betul tak? Kami juga pun seperti anda. Hihihi

     8. Tidak memberikan tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan

Kadang kala orang Malaysia boleh bersikap pentingkan diri sendiri, dan tidak prihatin kepada orang lain. Mereka tidak menghiraukan orang yang lebih memerlukan tempat duduk seperti wanita mengandung ataupun warga emas.

     9. Meninggalkan troli di tempat letak kenderaan.

Pandangan yang selalu kita lihat apabila mengunjungi pasaraya. Betul tak? Hihi

     10. Tidak mengucapkan terima kasih.

Susah sangat ke nak ucap terima kasih? Tapi masih ramai rakyat Malaysia yang sukar melafazkan ayat terima kasih apabila menerima bantuan seseorang.

10 perkara negatif ini perlu dihindari oleh kita semua demi memastikan Malaysia adalah sebuah negara yang hebat dan terbaik untuk didiami. Itu sahaja, terima kasih...







Wednesday, April 20, 2016

JURNAL (20/4/2016)

            Pagi ini, saya bangun pada pukul 5.50 dengan dikejutkan oleh ibu saya yang telah begitu lama tidak menggunakan telefon bimbit untuk mengejutkan saya.  Hari ini kami pelajar Asas 3 akan ke PERMATA Insan USIM untuk mendengar ceramah oleh seorang penceramah terkenal antarabangsa iaitu Dr Zakir Naik.  Sudah tentu nama penceramah ini tidak lagi asing bagi majoriti rakyat Malaysia kerana beliau telah berjaya mengislamkan ramai orang sewaktu ceramah beliau dan menjawab pelbagai persoalan yang ramai orang sendiri tak terfikir nak jawab dan beliau berjaya menjawab dan membuatkan orang lain tak boleh berdebat dengan beliau.

             Selepas saya bangun, bingkas saya mandi dan seusai mandi, saya bersiapkan diri dan terus pergi ke dewan makan untuk makan.  Tetapi, rupa-rupanya, kami sudah dibungkuskan makanannya dan kami akan makan di dalam bas.  Oleh itu, saya dan rakan saya pergi ke tempat berkumnpul yang telah diberitahu.  Sebeum memasuki bas, Karamie telah mengedarkan makanan yang sudah dibungkus sebenar tadi kepada kami dan kami pun menaiki bas.  Di dalam bas, saya telah mengambil tempat di belakang sekali kerana saya mahu tidur dan saya telah menjagakan tempat Mursyid, tetapi kerana kelewatan Mursyid lambat masuk dalam bas, Izwan telah duduk di sebelah saya.  Tak apalah.  Dan dalam jam 7.45, kami sampai di PERMATAinsan USIM.  Ini merupakan kali pertama saya melihat Kompleks PERMATAinsan.  Corak binaan kompleksnya berteraskan keislaman, cuma nampak sesak kerana antara 1 blok pembelajaran dan 1 blok pembelajaran lain dekat.

            Kami pun turun daripada bas.  Kami bergerak ke Dewan mereka.  Dan kami pun disambut oleh pelajar PERMATAinsan.  Dan kami mengambil tempat duduk.  Setelah menunggu 15 minit, Dr Zakir Naik pun tiba.  Dan mulalah ceramah beliau.  Dalam pukul 10.30, ceramah beliau tamat.  Dan sesi fotographi pun dimulakan dengan PERMATAinsan seterusnya kami.  Dan kami pun pulang ke UKM.  Di dalam bas, saya tidur.  Apabila bangun, tahu-tahu, sudah berada di depan Auditorium.  Dan jam menunjukkan pukul 11.25.  masih ada satu kelas terakhir yang kami perlu datang.  Kelas saya iaialah Muzik.  Saya berfikiran mungkin Dr Ridzuwan tidak hadir kerana tadi di PERMATAinsan, beliau ada.  Oleh demikian, saya Afiq dan Syed balik ke asrama.  Dan sampai di asrama, kami pun berpecah.  Oleh itu, saya pulang ke bilik dan tidur.  Saya bangun dikejutkan oleh Aqil kerana menyuruh saya solat.  Saya tengok jam sudah pukul 3.30.  saya bergegas ambik wuduk dan solat.  Selepas itu, saya tanya dia bahawa muzik ada kelas ke tidak, dia kata ada.  Kiranya, saya tidak hadir ke kelas Muzik.  Saya ingatkan tak ada kelas sebab Dr Ridzuwan di USIM.  Dan saya tanya kepada Syed dan Afiq, mereka pun sama tidak pergi.  Tak apalah, lain kali jangan tidur.

Tuesday, April 19, 2016

JURNAL (19/4/2016)

     Hari ini saya tidak melakukan perkara-perkara yang seronok untuk dikongsikan... Jadi saya ingin berkongsi fakta menarik tentang rakyat Malaysia... Untuk pengetahuan anda semua rakyat Malaysia menyampah tengok gambar tapi paling banyak muat naik gambar...

      Telenor Group, pemilik Digi Telecommunications di Malaysia, melaporkan hasil kajian mereka tentang perkara yang tpaling tidak digemari rakyat Malaysia di interet. Kebanyakan pengguna internet di Malaysia memilih, ‘Trolling‘ yang memberi komen menyinggung dan provokatif, sebagai amalan internet yang paling menjengkelkan.
Selepas trolling, perbuatan lain di internet yang paling tidak digemari rakyat Malaysia ialah penyebaran maklumat palsu, mengucapkan kata-kata kesat, berkongsi kandungan yang tidak sesuai untuk tatapan umum, dan menjemput rakan bermain permainan dalam talian.

     Kajian ini dijalankan oleh Penn Schoen Berland dari Singapura, yang membaut kaji selidik menerusi 401 orang dari Malaysia, India, Thailand dan Singapura. Walaupun Asia dilihat bersatu dalam banyak perkara, ia masih memiliki tabiat yang berbeza. Contohnya, berkongsi kandungan tidak sesuai sangat tidak disukai di Malaysia, tetapi penduduk India & Singapura tidak berapa kisah tentangnya.

     Tetapi bila diperincikan apakah jenis perkongsian dalam talian yang paling tidak disukai rakyat Malaysia, ia menyenaraikan ‘Makanan‘ di tempat pertama, diikuti mengajak rakan bermain permainan dalam talian, dan ketiga kesalahan menaip dan tatabahasa. Wanita dilihat lebih banyak memuat naik gambar makanan, tetapi kesalahan menaip dan tatabahasa, wanita dan lelaki dilihat sama sahaja.

     Tidak dinafikan juga, wanita lebih banyak memuat naik gambar selfie di internet. Manakala lelaki pula, majoritinya melihat sahaja gambar dan status tanpa memuat naik sebarang status di Facebook.

     Walaupun banyak perkara yang tidak disukai di internet, ramai responden memberitahu, internet telah meningkatkan gaya hidup. Malah, media sosial di Malaysia dikatakan telah mengeratkan hubungan di antara rakan dan keluarga. Majoriti percaya, perkara yang tidak digemari berlaku di internet, boleh di atasi dengan kawalan kendiri serta pemantauan ibubapa.

      Telenor mensasarkan untuk mencapai 200 juta pengguna internet aktif menjelang 2017. Dijangkakan, ramai pengguna pertama kali akan muncul di Malaysia dan Asia untuk tahun mendatang. Mungkin mengambil gambar selfie dan kucing, akan meningkat paling banyak nanti.


Monday, April 18, 2016

JURNAL (18/4/2016)

Pada pagi ini saya telah menjalani latihan ragbi untuk kali ketiga setelah sebelum ini pertamanya saya bermain ialah pada petang Ahad.  Sememangnya Ragbi merupakan sukan yang memerlukan badan yang kuat, tegap dan fit.  Jadinya, saya perlu berlari 5 pusingan sekeliling padang di atas track dengan membaling bola ragbi.  Asalnya hanya 5 pusingan tetapi disebabkan saya lambat dan ketinggalan jauh, saya perlu menambah lagi pusingan. 

Selepas itu, semua pelajar  dikehendaki untuk ke kolam renang bagi perlawanan water polo dan berenang freestyle dan breaststroke.  Saya telah memasuku water polo.  Tetapi malangnya, Topaz telah kalah.

Berita yang sangat mengembirakan pada hari ini kerana saya telah berjaya mengalahkan lawan saya untuk saya mara ke ‘ semi final ’ dalam perlawanan ping pong.  Saya telah masuk untuk kategori Double dan single.  Setiap rumah sukan perlu menghantar dua orang wakil bagi setiap kategori, Oleh itu, saya dengan Raymad merupakan wakil Topaz.  Bagi acara beregu, pasanangan  saya ialah Azam.   Perlawanan pertama saya ialah pasukan rumah Ruby ( Merah ) dana  saya Berjaya menanginya. 

Pada petang ini saya telah menjalani lagi latihan ragbi. Kami telah mempelajari  gerakan ‘ cutting, loob, and hook ’ Malam ini juga saya telah berlatih bermain ping pong dan saya telah memberi semangat untuk pasukan saya sendiri.  Tidak dapat dinafikan malam ini merupakan malam yang penat ditambah pula kaki dan badan saya yang lenguh akibat baru melakukan latihan fitness.  Tetapi saya akan meruskan latihan ragbi ini supaya manalah tahu saya juga akan terpilih mewakili pasukan PERMATA suatu hari kelak.

Friday, April 15, 2016

JURNAL (15/4/2016)

Hari ini merupakan minggu terakhir sekolah untuk minggu ini.  Pada petang ini juga akan diadakan program kem jambori badan beruniform PERMATA.  Oleh itu, petang ini kami perlu ke Audi untuk perasmian penyerahan  pelajar kepada jurulatih badan beruniform masing-masing.  Sebelum saya menerangkan lanjutan cerita ini, saya mahu menceritakan dahulu  aktiviti kami pada pagi Jumaat ini.

            Pada pagi ini, kelas fizik tiada kerana urusan penyambungan pembelajaran PHD cikgu yang perlu diselesaikan secepat mungkin.  .  Oleh itu, kami membuat aktiviti masing-masing.  Sewaktu kelas Mathematics,  kami mengambil kesempatan mengenali cikgu dengan lebih dekat kerana topik pembelajaran kami dengan beliau sebelum ini telah banyak yang dipelajari. Ini mungkin juga kerana beliau mengajar kami telalu laju dan banyak.  Kami dimaklumkan hanya tinggal satu topik yang perlu kami belajar.  Kami mengambil kesempatan juga untuk mendengar pengalaman beliau berada di perantauan menuntu ilmu bersama rakan-rakan yang pelabagai Negara. Ketika inlah kami baru tahu ibu beliau berasal dari Jepun.

Semasa kelas Kimia,cikgu telah membuat ‘ post test ‘ secara mengejut.  Setelah itu kami telah dimaklumkan agar segera ke dewan serbaguna untuk mendengar taklimat berkenaan kem jambori yang akan bermula petang ini.

Bermulalah semula catatan jurnal saya mengenai program kem jombori badan beruniform. Saya merupakan badan beruniform BSMM ( Bulan Sabit Merah Malaysia ).  Aktiviti yang kami lakukan hanya ice breaking pada petang ini.  Kami juga telah dimaklumkan aktiviti  pada malam ini yang sangat ditunggu-tunggu  oleh saya iaitu perlawanan permainan dengan badan beruniform lain. Antara perlawanan yang menyeronokkan tersebut  ialah menaikkan tiang bendera, tiup bola ping pong, pijak tanpa mata, bersatu tegoh bercerai roboh, futsal kain pelikat dan akhirnya yang ditunggu-tunggu oleh saya  ialah perlawanan tarik tali.  Pada mala mini, saya telah menyertai acara  tiup bola ping pong dan tarik tali.

Semasa acara tarik tali, perlawanan pertama pasukan kami ialah menentang Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ).  Keputusannya kami kalah.  Tetapi peristiwa yang menyebabkan kami kecewa atas kekalahan tersebut, rupa-rupanya seorang ahli pasukan kami yang duduk di bahagian belakang sekali telah terbelit tali dilehernya.  Pasukan Kadet Polis akhirnya mendapat tempat kedua.


            Mala ini saya tidur dalam keadaan kesakitan kerana kaki saya telah berdarah kerana dipijak tanpa sengaja dalam perlawanan tarik tali tadi.  Saya perlu tidur lena untuk menumpul tenaga bagi menyambung kem jambori ini sehingga hari Ahad penutupnya.

Thursday, April 14, 2016

JURNAL (14/4/2016)

Kelas pertama hari ini ialah Self Development.  Di kelas self development, kami ditugaskan untuk  menulis keburukan diri masing-masing.  Kami jugaa perlu mencari pasangan kerana pasangan itu pula akan menulis keburukan diri saya.  Saya telah berpasangan dengan Amer.  Amer telah menulis 5 keburukan tentang diri saya iaitu,  1. Suka mengalan cikgu 2. Makan dalam kelas ketika cikgu mengajar ajar 3. Suka buat lawak tidak sesuai waktu atau  ketika keadaan tidak mengizinkan  4. Suka meminta cikgu mengubah tarikh menghantar tugasan walaupun cikgu telah kata muktamad (tujuan sebenar saya ialah menolong kawan-kawan) 5. Suka mengajuk  Dr. Rorlinda.  Semua kenyataan kawan saya itu saya akui dan akan cuba untuk mengubahnya.

Kini tiba waktu pembelajaran Mathematics.  Hari ini kami belajar tajuk Line And Angles in Plane.  Tajuk ini hanya ada dua subtopik sahaja.  Subtopik pertama senang manakala subtopik kedua susah.  Tetapi Alhamdulillah,  saya dapat memahaminya apabila saya bertanyakan soalan demi soalan dengan cikgu dan kawan-kawan.  Selepas itu, kami pergi rehat.  Semasa kelas Sejarah, seperti biasa kami telah diberikan kumpulan dengan  tajuk perbentangan masing-masing. Kami akan masuk tajuk baru.  Kali ini ahli kumpulan saya yang lain ialah  Amer dan Nadia.  Tajuk perbentangan kami ialah Konflik Arab-Israel.  Malangnya kali ini kumpulan saya mendapat tajuk pertama .  Apakan daya, kuasa bukan di tangan saya. 


Mala ini saya telah menyaksikan suatu kejadian yang boleh dikatakan ngeri juga bagi saya. Ketika dalam pukul 11.45 malam sewaktu saya keluar daripada bilik untuk masak maggi, saya terlihat sorang pelajar moral telah terhuyung haying dengan menutup bahagian kepalanya.  Kebetulan ketika itu bekas roommade saya Akmal Haron sedang bermain dengan rumitnya di luar bilik mereka.   Apabila saya dan Akmal melihat, darah berlumuran kami secara segera terus bertindak.  Akmal terus berlari memanggil cikgu dan saya pula berlari memanggil exco kebajikan untuk meminta medical box.  Tidak berapa minit kemudian, cikgu Faddzhil telah sampai danterkejut. Beliau segera memberikan bantuan. Ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk refleksi hari ini.

Wednesday, April 13, 2016

JURNAL (13/4/2016)

Tidurku dimulai dengan kesakitan badan.  Sudah dua hari aku mula membuat ‘ workout ’ atau bina badan.  Harapan aku suatu hari nanti aku akan jadi sado.   Dengan berbekal kudrat yang sedikit lemah walaupun baru bangun dari  tidur, saya bangun untuk ke surau.  Tetapi, pagi ini seperti mendengar bisikan syaitan di telinga saya tidak jadi ke surau.  Saya hanya bersembahayang di dalam bilik.  Setelah selesai solat subuh, saya teringat tugasan kumpulan bahasa Inggeris yang perlu dihantar hari ini dan masih belum siap. Oleh itu, saya segera menyiapkan tugasan untuk bahagian saya.  Saya tahu, seperti kebiasaan, Aqil dan Mursyid akan singgah ke bilik saya setiap selepas solat subuh.  Bolehlah nanti saya akan meminta Aqil menyambung untuk menyiapkan bahagian dia selebihnya.
Seperti jangkaan saya, tepat sekali Aqil singgah ke bilik saya dan terus bertanyakan tugasan tersebut. Saya menunjukkan laptop di atas meja dan tanpa disuruh, dia menyambung untuk menyiapkan tugasan bahagian dia pula. Setelah selesai, saya pergi untuk print tugasan itu.  Tetapi kali ini mengambil masa kerana laptop saya tidak dapat ‘ detect printer ’.  Saya terpaksa bergegas bersiap untuk ke perhimpunan. 


Waktu PJ, kami telah bermain badminton.  Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh Cikgu. Saya satu kumpulan dengan Muaz dan telah bertemu dengan kumpulan  Aqil dan Syed.  Kumpulan saya telah menang.  Huhu, bosan juga asyik menang sahaja, just kidding.  Setelah waktu PJ< kami ke kelas Muzik.  Kami belajar rekorder menggunakan lagu kanak-kanak ‘Kacang’.  Apabila kami bermain lagu ini, kami teringat balik zaman kanak-kanak kerana ketika itulah cerita Kacang ini berkumandang.  Jurnal hanya ini tamat sehingga ini sahaja.  Tiada apa yang  menarik hendak diceritakan lagi..

Tuesday, April 12, 2016

JURNAL (12/4/2016)

Hari ini tiada apa pun yang menarik untuk saya tulis di dalam jurnal ini.  Cuma Alhamdulillah, saya telah mendapat markah penuh dalam ujian mathematics saya hari ini iaitu 10/10. 


Hari ini juga ada waktu seni VISUAL. Yeayyy.

Monday, April 11, 2016

JURNAL (11/4/2016)

Hari ini hari perhimpunan rasmi.  Oleh itu, saya perlu bersiap awal untuk ke perhimpunan.  Sewaktu perhimpunan, seorang penulis wakil sebuah majalah telah datang untuk membuat liputan terhadap kolej PERMATA untuk dimuatkan di dalam dalam majalah tersebut. Beberapa orang pelajar Level 2 yang berkebolehan telah dipilih untuk diwawancara. 

Selepas perhimpunan, kami bergerak ke kelas Sejarah.  Sewaktu sejarah, kumpulan saya termasuk Amer dan Faten telah memperbentangkan perbentangan kami iaitu perbentangan kedua kumpulan kami setelah minggu lepas Faten gagal  untuk menerangkan bahagiannya dengan baik.  Alhamdulillah, kumpulan kami tidak perlu memperbentangkannya semula lagi. 

            Selepas rehat, saya ke kelas BI dan seterusnya ke kelas Bio.  Sewaktu kelas Bio, cikgu telah memberitahu saya bahawa eksperimen ujian air kencing akan diadakan selepas hari sukan iaitu 2 minggu dari hari ini. 

Pada petang ini, saya telah meminta bantuan Mursyid untuk menemankan saya  ke pejabat untuk mengambil tangga.  Tujuan saya ialah untuk membersihkan kipas bilik saya yang dah kotor.  Mursyid dengan senang hati menemankan saya.  Bak kata pepatah, ‘ sambil meyelam minum air ’ , beberapa orang rakan saya telah menyuruh saya membersihkan kipas bilik mereka juga.  Mereka telah memberikan saguhati kepada saya atas kerja yang saya telah lakukan.  Saya terima dengan ikhlasnya. Pada pukul 4.30 petang, saya telah memulangkan semula tangga itu.

Petang ini, saya telah bermain ping pong sebagai persediaan saya untuk perlawanan ping pong pada minggu hadapan. Alhamdulillah, kemahiran saya semakin baik.

Friday, April 8, 2016

JURNAL (8/4/2016)

Keletihan semalam masih belum hilang.  Namun, Alhamdulillah  suara saya sudah semakin pulih semula.  Kegembiraan  semalam yang masih segar dalam ingatan dan fikiran hinggakan terkadang saya tersenyum sendiri mengingatkan semula persembahan saya yang sangat tidak diduga oleh saya sendiri.  Persembahan tersebut menjadi kenangan yang penuh bermakna buat saya.

            Bemula dengan kelas Fizik kemudian diikuti kelas Mathematic.  Ketika kelas Kimia pula, Cikgu Mad Nor sempat bergurau dengan saya dan rakan-rakan sekelas.  Beliau mengatakan bahawa persembahan saya telah membuatkan beliau berasa malu kerana geli melihatkan lenggokan badan saya yang dapat dilakukan dengan bersungguh-sungguh itu.  Belaiu menjelaskan juga beliau marah kerana beliau salah seorang daripada guru PERMATA.  Tetapi rupa-rupanya sebelum beliau keluar beliau sempat menyatakan kata-kata beliau tadi hanya gurauan seamata dan  beliau tidak sangka persembahan tersebut mendapat pujian yang hebat. Saya bangga kerana telah menjadikan persembahan pasukan ghazal saya menyerlah kali ini.
Pelajar lelaki telah diarahkan ke surau bagi bacaan Yasin. Setelah selesai, saya bergegas ke Dewan Makan untuk mengelakkan terlewat kerana jika terlewat saya terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk mendapat makanan.  Buat sementara waktu ini, kami tidak makan berhidang memandangkan menyukarkan pihak dewan makan kerana ketiadaaan air.  Setelah itu saya bergegas ke bilik menggosok untuk menggosok baju yang telah berkedut.  Saya mengambil kesempatan berehat sebentar di dalam bilik sebelum menunggu  bas untuk ke  masjid solat Jumaat.

Hari ini pelaja PERMATA  dibenarkan pulang bermalam kerana masalah air.  Sesampainya di masjid, saya duduk bersama Izwan di bahagian atas sebelah kiri.  Kerana keletihan yang amat sangat  walaupun telah berehat sebelum ke masjid tadi,rupa-rupanya saya terlelap juga di masjid. Izwan telah mengejutkan saya.  


Arahan daripada Prof. Rorlinda pelajar hanya dibenarkan pulang selepas pukul 5.00 petang.  Saya mengemas barang-barang yang hendak dibawa pulang memandangkan kelas sesi petang itu dibatalkan.Saya sempat tidur juga sebentar walaupun belum hampir mengemas.  Saya dibangunkan dengan bunyian talipon daripada ibu saya mengatakan beliau telah sampai di Kris Mas.  Saya segera bangun dan solat. Hampir pukul 6.00 petang, saya menginggalkan PERMATA untuk pulang ke rumah.

Thursday, April 7, 2016

JURNAL (7/4/2016)

 Hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh kami pasukan ghazal. Hari ini kami akan membuat persembahan di hadapan 3 sekolah yang juga mewakili Malaysia ke Romania untuk perbentangan research  di sana.  Pada pukul 8.30pagi , kami telah pergi ke bilik Muzik untuk mebuat persiapan diri yang terakhir.  Semua kawan saya telahsiap  memakai baju Melayu dahulu kecuali saya.  Saya tidak mahu terus memakai pakaian tersebut kerana takut berpeluh.  Hampir pada pukul 9.00 pagi, Zoey telah memberitahu saya  bahawa majlis akan bermula tidak lama lagi dan cikgu telah memanggil kami untuk ke Auditorium.  Dengan segera, saya telah bergegas ke sana dan akhirnya, berpeluh juga.  Kami dimaklumkan bahawa kami akan membuat persembahan yang terakhir selepas sekolah ASIS ( Sekolah Menengah Sains Alam Shah ) membuat persembahan.  Sekolah ASIS telah  membuat dikir barat. Saya telah menggunakan masa ini untuk mengumpul suara saya. 

            Tidak berapa lama kemudian, giliran kumpulan ghazal mengadakan persembahan.  Secara tiba-tiba perasaan saya begitu gementar. Saya masih ragu-ragu untuk menyahut cabaran cikgu Hafiz serta mampukah saya seperti malam tadi memberikan persembahan yang terbaik kepada para penonton hari ini.  Cabaran cikgu dan rakan-rakan yang memberikan galakan kepada saya dengan hadiah yang lumayan menjadikan saya bertekad untuk melaksanakannya bersungguh-sungguh.  Jika saya berjaya tentunya hadiah lumayan tersebut akan dapat kepada saya. 

            Saya berserta kawan-kawan yang lain telah naik ke pentas. Dengan iringan alat muzik yang pelbagai kami telah membuat persembahan yang menarik.  Saya melakukan seperti yang diarahkan,  tetapi tanpa disedari ketika hendak melenggokkan kepala, songkok saya hendak terjatuh, dengan serta merta sambil menari, menyanyi, memalu kompang, saya cuba menyambut songkok.  Tidak disedari reaksi saya itu  menjadikan penonton ketawa dan bermula detik itu saya menjadi tontonan.  Lenggokan saya bersama pukulan kompang seterusnya rupa-rupanya menjadi bahan gelakan penonton hinggakan suasana dewan penuh dengan sorakan yang tidak diduga.  Saya begitu teruja dan gembira kerana mendapat tepukan yang gemuruh hinggakan berdiri daripada para penonton.  Saya sendiri tidak menyangka dapat memberikan persembahan sedemikian dan mendapat sokongan penonton yang sedemian juga.  Hari ini saya terasa seperti artis. Saya telah dipanggil oleh abang-abang daripada sekolah-sekolah tersebut untuk bergambar.

            Saya telah menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada saya dalam kumpulan ghazal dengan bersungguh-sungguh.  Saya terlalu bersyukur dan gembira persembahan kumpulan ghazal kami mendapat sorakan di luar jangkaan daripada penonton.  Cikgu Hafiz dan Dr, Ridzuan juga  mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada saya kerana berjaya menyahut cabarannya.

Wednesday, April 6, 2016

JURNAL (6/4/2016)

Hari ini hari yang menarik juga untuk diceritakan kerana kami  kelas PJ.  Tetapi PJ kali ini, kami tidak bermain Dodgeball, tetapi kami telah bermain badminton.  Saya satu kumpulan dengan Zuhdi.  Alhamdulillah, saya dan Aqil sentiasa menang dalam perlawanan antara kumpulan lain dalam kelas kami.  Perkara yang paling mengembirakan saya ialah saya dapat mengalahkan Shamil yang merupakan juara badminton dalam sukan tahunan tahun lepas.  Alhamdulillah.  Tapi tidak jadi masalahkan Shamil, menang kalah adat perlawanan, In Sha Allah kita sama-sama tingkatkan kemahiran bermain kita nanti.

Kelas saya juga telah ke Bilik Muzik untuk menjalani latihan ghazal yang majlisnya akan berlangsung esok.  Cikgu Hafiz telah hadir dan melatih kami bermain alat-alatan masing-masing manakala Dr.Ridzuwan pula telah menyiapkan pakaian yang akan dipakai oleh kami.

                Pada sebelah malam, kami telah berlatih lagi.  Cikgu Hafiz  minta kami  ke bilik Muzik pada pukul 7.30 malam dan solat berjemaah di sana.  Selepas solat, kami telah pergi ke Audi bersama-sama dan kami telah berlatih hingga pukul 10.30 malam. Cikgu Hafiz telah memberi tanggungjawab yang besar kepada saya kerana di berharap agar sayalah orang yang akan menjadikan persembahan kumpulan Ghazal ini tidak hambar dan perlu memberikan audion terpegun dengan persembahan kami hingga boleh membuatkan mereka ketawa.  Dalam fikiran saya, adakah saya boleh memenuhi permintaan cikgu Hafiz tersebut.  Adakah penonton berjaya untuk saya menyebabkan mereka ketawa. Mala mini, saya menggunakan semua pancaindera yang ada, lidah, gerak tubuh dan kepala  juga lenggokan badan saya serta suara sewaktu latilhan.  Batch saya sendiri adalah penonton pada malam ini. Malam ini saya telah bersungguh-sungguh membuat latihan hinggakan suara saya telah serak dan hilang.Cikgu Hafiz telah memuji saya dan mencabar saya agar dapat buat yang sama untuk hari esok.  Pada mulanya, saya rasa cuak tetapi apabila memikirkannya semula dengan cabaran tersebut saya perlu yakin kerana mala ini saya sendiri telah berjaya menbuatkan batch saya  ketawa terbahak-bahak , In Sha Allah esok pun saya akan membuatkan penonton lain juga lebih dasyat ketawanya daripada malan ini. Oleh itu, saya perlu menyimpan suara saya yang telah kehabisan itu untuk esok.  Sedang leka kami  berlatih, kami telah dikejutkan dengan kehadiran Prof. Noriah di Auditorium.  Beliau telah meminta kami berhenti sehingga pukul 10.30 malam untuk kami ke Dewan Serbaguna bagi hadir roll call.  Sewaktu Roll Call, Prof. memberitahu bahawa semua talifon akan dikumpulkan pada Isnin minggu hadapan.  Beliau kecewa kerana melihat ramai pelajar yang menghabskan masa dengan Phone berbading buku terutama waktu prep.


Malam ini sebelum tidur saya ke bilik Izwan untuk mengambil ubat sakit suara. Saya perlu menyiapkan diri untuk persembahan esok.Malam ini saya tidur dalam keadaan yang amat penat dan sebelum tidur saya berdoa agar Allah permudahkan urusan saya esok hari.

Tuesday, April 5, 2016

JURNAL (5/4/2016)

Hariku dikejutkan dengan suara sebatan yang dihayun oleh Ustaz Khair. Seperti biasa, Ustaz Khair akan berhempas-pulas dengan mengetuk setiap pintu bilik pelajar muslim yang terdapat di Blok C dan Blok D untuk bangkit dan menunaikan ibadah wajib iaitu Solat Subuh. Begitulah rutin hariannya setiap pagi. Jarum jam telah menunjukkan nombor enam dan jarum minit menunjukkan nombor lima menandakan  iqamah akan dilaungkan oleh muazin sebentar sahaja lagi selepas Ustaz Khair habis solat sunat rawatib. Selesai menunaikan Solat Subuh, Al-Matsurat akan dibaca bersama-sama sebelum keluar dari surau.

Destinasi pertamaku setelah selesai membaca Al-Matsurat adalah Dewan Makan, tempat makanan dihidangkan untuk para pelajar. Menu sarapan pada  pagi ini adalah nasi lemak dan air milo. Barisan mengambil makanan yang agak panjang memaksa diriku untuk duduk dahulu di meja dan menjamah bijirin bersama susu. Apabila melihat rakan-rakanku yang baru sahaja tiba di meja makan, dengan haruman nasi lemak yang enak, dan perutku yang berkeroncong kelaparan, aku memaksa diriku untuk berdiri di bahagian belakang barisan untuk mengambil makanan. Selesai mengambil makanan, aku ke meja makanku semula untuk menikmati sajian yang telahku ambil. Walaupun sambal yang aku ambil hanya sedikit, namun bagiku ia sudah cukup untuk membuatku kepedasan.

Baju yang aku pakai pada hari ini berwarna ungu dan berbelang disertakan dengan tali leher berwarna biru gelap. Kelas pembelajaranku berjalan seperti hari-hari biasa. Waktu rehatku diisi dengan Solat Zohor dan merehatkan mata bagi mengelakkan kepenatan ketika kelas pada petang hari. Selesai Solat Zohor, aku menghempaskan badanku ke katil yang bolehku kira empuk. Aku terlena dibuai mimpi. Mujur telefon pintarku berbunyi menandakan waktu persekolahan sesi petang telah bermula, aku tersedar lalu mempercepatkan pergerakanku untuk bersiap dan pergi ke kelas.

Monday, April 4, 2016

JURNAL (4/4/2016)

Hari ini, hari Isnin.  Hari ini merupakan hari perhimpunan rasmi buat semua pelajar Kolej PERMATApintarTM bersama semua guru.  Ketika ini kami akan  memakai pakaian uniform rasmi PERMATA.  Walaupun saya kurang selesa memakai pakaian tersebut, tetapi saya terpakasa akur  kerana saya terikat dengan peraturan sebagai seorang peajar.  Pada hari ini, saya telah lewat sedikit ke tapak perhimpunan  kerana saya terlewat mengemas bilik.  Hari ini akan diumumkan pemenang bagi kempen Hey I’m not Rubbish yang telah diadakan pada minggu lepas.  Malangnya pengumuman tersebut amat mengecewakan kerana  kelas saya tidak memenanginya dan amat menyedihkan lagi keputusan kali ini tidak meletakkan satu pun kemenangan ke atas kelas Asas 3.  Kemungkinan usaha kami belum mencukupi dan rezeki belum memihak kepada kami.  

Selepas perhimpunan, kelas saya bergerak ke kelas Sejarah.  Hari ini kumpulan saya yang terakhir akan membuat perbentangan.  Malam tadi saya telah membuat persiapan  untuk perbentangan bahagian saya.  Rupa-rupanya hari ini malang buat kali dua saya jumpa. Kali ini salah seorang ahli kumpulan saya, Faten tidak bersedia dengan bahagian yang telah diamanahkan kepadanya.  Dia hanya membaca slide dan tidak dapat menerangkan dengan lebih jelas.  Oleh itu, kumpulan saya terpaksa membuat semula perbentangan tersebut. Saya tidak dapat menolongnya kerana saya hanya membuat persediaan untuk bahagian saya sahaja. 

Hari ini waktu Biologi kami telah diberikan tugasan yang perlu disiapkan ketika waktu itu juga.Kami dimaklumkan Cikgu Biologi tidak dapat masuk ke kelas kerana atas urusan. Alhamdulillah saya dapat menyempurnakannya.

Waktu malam pula, saya menjalani aktiviti biasa iaitu ke auditorium untuk latihan ghazal.Saya begitu seronok ketika latihan walaupun penat hinggakan tapak tangan saya merah dan sakit memukul kompang. Yang penting saya suka. Yeyyyyy…..

Friday, April 1, 2016

JURNAL (1/4/2106)

Hari ini satu program telah dirancang kepada kami pelajar PERMATA iaitu  kempen Hey I’m not rubbish.  Saya begitu gembira. Kelas saya telah membuat prototype topi minuman berdasarkan animasi Spongebob Squarepants.  Kami telah memberikan kerjasama dalam sepasukan. 

Sebelum solat Jumaat, kami ada usrah.  Ketua kumpulan, Naqib ialah Abdullah Harith. Saya amat suka berada di dalam kumpulan beliau.  Semasa usrah , kami telah membicangkan tentang Hidayah: Petunjuk kebenaran.  Saya telah tertarik dengan satu ayat yang disampaikan oleh oleh rumit saya.  Kita telah diberikan hidayah khawa ( Pancaindera ).  Inilah kurniaan yang berupa pancaindera yang lima kepada kita.  Dengan mata, kita boleh melihat, dengan lidah dapat merasa, hidung menghidu, dengan telinga kita mendengar dan dengan sentuhan kita dapat bertindak balas terhadap sesuatu.  Dengan hidayah inilah kita dapat hidup untuk merasa makanan, selamat daripada sesuatu bahaya fizikal, berjalan dan sebagainya.  Dengan hidayah Khawas, hidup tidak lagi sekadar hidup, tetapi kita telah dapat menikamti hidup. Namun, hidayah khawas juga terbatas.  Pandangan mata hanya boleh melihat yang tersurat.  Tetapi ia tidak mampu mentafsirkan apa yang dilihat.  Kerana itu kerap kali manusia tertipu dengan pandangan matanya.  Kita selalu melihat fatamorgana, dari jauh ia kelihatan seperti air yang tergenang, tetapi apabila dekat barulah kita sedar ia hanya panas yang sangat membahang.


Begitulah, tidak semua yang kita lihat, dengar, bau, sentuh dan rasa, benar atau betul seperti hakikatnya.  Mata, tangan, telinga, lidah boleh tertipu.  Tafsiran adalah peting bagi semua hidayah khawa itu.  Ilmu yang bernilai ini akan saya gunakan untuk menyuluh kehidupan saya yang mendatang.  Alhamdulillah akhirnya jurnal untuk minggu ini dapat saya selesaikan dengan sempurna mengikut tempohnya.  Jumpa lagi kawan-kawan pada jurnal minggu hadapan dengan cerita yang lain.

Tuesday, March 29, 2016

TATABAHASA

Unit-unit bahasa yang diberi tumpuan dalam analisis bahasa ialah perkataan, frasa, klausa, dan ayat.

1. Perkataan:

Bentuk bebas yang kecil, boleh hadir bersendirian. Dibentuk melalui proses pengimbuhan, penggandaan, dan penggabungan. Dibahagikan kepada kata selapis, kata berlapis, kata majmuk, dan kata ganda.

2. Frasa:

Satu atau lebih perkataan membentuk frasa. Terdapat empat frasa, iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi (FS)

3. Klausa:

Unit terbesar dalam ayat yang mempunyai subjek dan prediket. Dua jenis klausa, iaitu Klausa bebas (ayat besar), dan Klausa terikat (ayat kecil atau anak ayat).

4. Ayat:

Terdiri daripada subjek dan prediket. Empat jenis intonasi dan tujuannya, iaitu Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, dan Ayat Seruan.

Struktur ayat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu Ayat Selapis, Ayat Berlapis, Ayat Berkait, Ayat Bercampur, dan Ayat Ringkas.



BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMU

Ciri bahasa Melayu yang menjadi asas bahasa ilmu:

  • Bukan loghat
  • Bukan bahasa pasar
  • Bukan bahasa orang yang baru belajar bahasa Melayu
  • Bukan bahasa budak
  • Bukan bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa
Ciri khusus bahasa ilmiah:


  • Tingkat bahasa rasmi
  • Nada formal dan objektif
  • Sudut pandangan orang ketiga
  • Ragam pasif
  • Istilah khusus
  • Wacana pemaparan
  • Nada bersahaja
  • Kata membazir
  • Ayat majmuk
  • Bantuan ilustrasi


LARAS BAHASA

Definisi:

  • Laras bahasa bermaksud gaya atau penggunaan sesuatu bahasa.
  • Laras ialah ciri gaya penceritaan yang istimewa digunakan untuk sesuatu jenis bidang.

Aspek Kajian:

  • Ciri-ciri Keperihalan
    • Situasi luaran
      • Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial.
    • Situasi persekitaran
      • Mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Cara penyampaian yang berlainan,  cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan, dan dungsi sosial perlakuan bahasa.
















































Saturday, March 26, 2016

ISU SEMASA

        Hari ini saya ingin bercerita tentang isu yang sangat menggemparkan dunia masa kini. Saya ingin mengatakan tentang kekejaman orang yang mengebom negara-negara Islam seperti Syria, Istanbul, Iraq, Arab Saudi dan Palestin. Begitu juga negara-negara Barat seperti Perancis dan Belgium. Ramai penduduk yang tidak bersalah mati akibat letupan bom dan roket. Bukan sahaja orang dewasa yang terima akibat dari serangan ini, kanak-kanak, wanita dan juga bayi turut menerima serangan ini. Mereka yang berbuat sedemikian tidak rasa kesian akan bayi-bayi yang baru lahir. Hospital dibom sementara di dalamnya terdapat ramai pesakit yang memerlukan rawatan yang khusus. Mereka menembak penduduk yang cuba untuk mempertahankan tanah lahirnya. Apabila bom-bom diletupkan di negara-negara Barat, mereka terus bertindak untuk menuduh Islam yang telah memulakan letupan-letupan bom di negara mereka kerana menganggap Islam merupakan pengganas. 
        Kuasa-kuasa besar dunia bersama PBB perlu mengambil tindakan tegas keatas negara yang menindas negara lain seperti apa yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin. Negara seperti ini tidak boleh dibiarkan bertindak sesuka hati, mereka perlu diperangi dan mengembalikan keamanan negara-negara yang dijajah. Negara yang menindas negara lain telah menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan harta benda, seperti apa yang kita boleh lihat di Palestin. Rakyat hidup dalam ketakutan dan negara menjadi huru-hara. Hak asasi mereka juga dicabuli kerana keganasan yang dilakukan. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk meredakan keganasan yang berlaku. Contohnya membuat rundingan damai dengan kedua-dua pihak. Akan tetapi, ia memerlukan kerjasama dari kedua-kedua pihak. PBB dan kuasa besar dunia, Amerika Syarikat perlu membincangkan isu keganasan di peringkat global. Tetapi, Amerika Syarikat telah memilih kasih terhadap Israel untuk memelihara ekonomi negara mereka sehingga nasib rakyat Palestin tidak terbela. Seluruh dunia perlu prihatin dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang ini, Isu-isu seperti ini perlu dibincangkan di perbincangan global. Dunia sekarang ini agak tidak adil kerana hak asasi sebahagian rakyat telah dicabuli dan tidak dibela. 
             Sekian, Terima Kasih...