Tuesday, April 19, 2016

JURNAL (19/4/2016)

     Hari ini saya tidak melakukan perkara-perkara yang seronok untuk dikongsikan... Jadi saya ingin berkongsi fakta menarik tentang rakyat Malaysia... Untuk pengetahuan anda semua rakyat Malaysia menyampah tengok gambar tapi paling banyak muat naik gambar...

      Telenor Group, pemilik Digi Telecommunications di Malaysia, melaporkan hasil kajian mereka tentang perkara yang tpaling tidak digemari rakyat Malaysia di interet. Kebanyakan pengguna internet di Malaysia memilih, ‘Trolling‘ yang memberi komen menyinggung dan provokatif, sebagai amalan internet yang paling menjengkelkan.
Selepas trolling, perbuatan lain di internet yang paling tidak digemari rakyat Malaysia ialah penyebaran maklumat palsu, mengucapkan kata-kata kesat, berkongsi kandungan yang tidak sesuai untuk tatapan umum, dan menjemput rakan bermain permainan dalam talian.

     Kajian ini dijalankan oleh Penn Schoen Berland dari Singapura, yang membaut kaji selidik menerusi 401 orang dari Malaysia, India, Thailand dan Singapura. Walaupun Asia dilihat bersatu dalam banyak perkara, ia masih memiliki tabiat yang berbeza. Contohnya, berkongsi kandungan tidak sesuai sangat tidak disukai di Malaysia, tetapi penduduk India & Singapura tidak berapa kisah tentangnya.

     Tetapi bila diperincikan apakah jenis perkongsian dalam talian yang paling tidak disukai rakyat Malaysia, ia menyenaraikan ‘Makanan‘ di tempat pertama, diikuti mengajak rakan bermain permainan dalam talian, dan ketiga kesalahan menaip dan tatabahasa. Wanita dilihat lebih banyak memuat naik gambar makanan, tetapi kesalahan menaip dan tatabahasa, wanita dan lelaki dilihat sama sahaja.

     Tidak dinafikan juga, wanita lebih banyak memuat naik gambar selfie di internet. Manakala lelaki pula, majoritinya melihat sahaja gambar dan status tanpa memuat naik sebarang status di Facebook.

     Walaupun banyak perkara yang tidak disukai di internet, ramai responden memberitahu, internet telah meningkatkan gaya hidup. Malah, media sosial di Malaysia dikatakan telah mengeratkan hubungan di antara rakan dan keluarga. Majoriti percaya, perkara yang tidak digemari berlaku di internet, boleh di atasi dengan kawalan kendiri serta pemantauan ibubapa.

      Telenor mensasarkan untuk mencapai 200 juta pengguna internet aktif menjelang 2017. Dijangkakan, ramai pengguna pertama kali akan muncul di Malaysia dan Asia untuk tahun mendatang. Mungkin mengambil gambar selfie dan kucing, akan meningkat paling banyak nanti.


No comments:

Post a Comment