Saturday, March 26, 2016

ISU SEMASA

        Hari ini saya ingin bercerita tentang isu yang sangat menggemparkan dunia masa kini. Saya ingin mengatakan tentang kekejaman orang yang mengebom negara-negara Islam seperti Syria, Istanbul, Iraq, Arab Saudi dan Palestin. Begitu juga negara-negara Barat seperti Perancis dan Belgium. Ramai penduduk yang tidak bersalah mati akibat letupan bom dan roket. Bukan sahaja orang dewasa yang terima akibat dari serangan ini, kanak-kanak, wanita dan juga bayi turut menerima serangan ini. Mereka yang berbuat sedemikian tidak rasa kesian akan bayi-bayi yang baru lahir. Hospital dibom sementara di dalamnya terdapat ramai pesakit yang memerlukan rawatan yang khusus. Mereka menembak penduduk yang cuba untuk mempertahankan tanah lahirnya. Apabila bom-bom diletupkan di negara-negara Barat, mereka terus bertindak untuk menuduh Islam yang telah memulakan letupan-letupan bom di negara mereka kerana menganggap Islam merupakan pengganas. 
        Kuasa-kuasa besar dunia bersama PBB perlu mengambil tindakan tegas keatas negara yang menindas negara lain seperti apa yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin. Negara seperti ini tidak boleh dibiarkan bertindak sesuka hati, mereka perlu diperangi dan mengembalikan keamanan negara-negara yang dijajah. Negara yang menindas negara lain telah menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan harta benda, seperti apa yang kita boleh lihat di Palestin. Rakyat hidup dalam ketakutan dan negara menjadi huru-hara. Hak asasi mereka juga dicabuli kerana keganasan yang dilakukan. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk meredakan keganasan yang berlaku. Contohnya membuat rundingan damai dengan kedua-dua pihak. Akan tetapi, ia memerlukan kerjasama dari kedua-kedua pihak. PBB dan kuasa besar dunia, Amerika Syarikat perlu membincangkan isu keganasan di peringkat global. Tetapi, Amerika Syarikat telah memilih kasih terhadap Israel untuk memelihara ekonomi negara mereka sehingga nasib rakyat Palestin tidak terbela. Seluruh dunia perlu prihatin dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang ini, Isu-isu seperti ini perlu dibincangkan di perbincangan global. Dunia sekarang ini agak tidak adil kerana hak asasi sebahagian rakyat telah dicabuli dan tidak dibela. 
             Sekian, Terima Kasih...

No comments:

Post a Comment