Monday, July 18, 2016

Retorik

Retorik Pemerian:

Rakan saya, Karim Al-Zema, berusia 26 tahun, sudah berkahwin, mempunyai 2 orang anak, mempunyai rupa paras seperti artis Korea. Kulitnya gelap, tingginya 1.8 meter, dan beratnya 63 kilogram. Matanya rabun tetapi tidak mahu memakai cermin mata, kakinya panjang lebih dari orang lain. Rambutnya seakan-akan Justin Bieber. Ketika berjalan, langkahnya sungguh laju seperti mahu berlumba. Ketika berlari juga, langkahnya mengalahkan langkah lipas kudung berlari.

Retorik Pemujukan:

Perasaan Takut:

Jangan bermain semasa Maghrib, nanti kena culik dengasadn orang bunian.

Perasaan Rasa Bersalah:

"Tidakkah kamu rasa bersalah terhadap ibu kamu? Kamu telah memukulnya dengan kayu yang keras. Kamu tidak ingatkah jasanya semasa kamu kecil dahulu? Dia yang mencari makanan untuk kamu. Tidak pernah dia memukulmu dengan objek yang keras seperti itu."

Retorik Penceritaan:

Hidupku dahulunya tinggal di bawah jambatan. Aku tinggal seorang diri disitu. Sungguh ramai orang yang lalu di situ langsung tidak mengendahkanku. Aku berasa sungguh sedih. Aku anak tunggal, tiada adik beradik. Ibu dan ayahku pergi semasa aku masih kecil. Aku dibesarkan oleh ibu saudaraku. Oleh kerana aku tidak dapat menyambung pengajianku, aku telah menyusahkan mereka. Mereka telah banyak menghabiskan duit untuk aku, tetapi semuanya membazir kerana aku seorang yang malas. Sekarang aku sedar malas adalah penyakit yang sangat merbahaya yang dapat menggagalkan kita semua. Oleh sebab itu mereka membuangku dari rumah mereka. Pihak kerajaan telah membantu orang-orang sepertiku yang tinggal di bawah jambatan. Mereka memberikan peluang pekerjaan kepada kami. Kini aku dapat hidup dengan selesa hasil dari penat lelahku sendiri. Aku telah membuang penyakit malas itu dan kini aku sangat rajin untuk melakukan kerja-kerja.

Retorik Pendedahan:

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, amfibia, dan reptilia.

Retorik Penghujahan:

Malaysia telah menuju ke arah status negara industri. Walau bagaimanapun, masalah kekurangan tenaga teknokrat dan professional merupakan kekangan yang perlu ditangani segera. Masalah ini akan menyebabkan Malaysia ketinggalan berbanding Negara yang telah maju. Laungan Wawasan 2020 pasti hanya akan tinggal sebagai laungan semata-mata.

No comments:

Post a Comment