Tuesday, July 19, 2016

Latihan Retorik

1. “Saya bersetuju dengan cadangan Encik Ghazali tadi kerana kita sebagai ibubapa patut menyumbangkan tenaga secara bergotong-royong, membina, dan menyiapkan tempat belajar sementara bagi menampung keperluan pelajar sekolah ini. Kita jangan asyik meminta bantuan daripada kerajaan sahaja.

-Retorik penghujahan-


2. Encik Ahmad seorang pelukis kartun terkenal. Beliau dijemput oleh kelab seni sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur untuk menunjukkan teknik melukis kartun.

-Retorik Penceritaan-


3. Wanita yang ditemui itu berseluar biru, memakai kemeja berlengan panjang, berambut pendek, berkulit cerah, bertahi lalat di bawah bibir, memakai kasut hitam bertumit tinggi, memakai kaca mata hitam, dan beg tangan berjenama Christine de Or.

-Retorik Pemerian-


4. Pak Usof tidak puas hati dengan keputusan ahli jawatankuasa surau yang hendak memindahkan tapak surau itu ke tempat lain. Dengan geram Pak Usof menyuarakan bantahannya kepada Tuk Penghulu. “Tuk, apa salahnya tapak surau ini dikekalkan di sini? Sudah turun-temurun surau ini terpacak di sini. Letaknya di tengah-tengah kampung. Sebelah hilirnya ada sungai, di sebelah hulu pula ada jalan. Tapak baru itu apa yang ada?”

-Retotik Pemujukan-


5. Petroleum atau minyak batu-batan berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu petra yang bermaksud batu atau batu-batan dan oleum yang bermaksud minyak. Petroleum wujud dengan banyak di dalam tanah, berbentuk cecair, gas, separuh pepejal atau pepejal. Dari segi kimianya, petroleum merupakan sejenis campuran yang amat kompleks.

-Retorik Pendedahan-


6.  Kuala Terenggan menjadi sebuah lagi destinasi pelancongan yang kian popular dalam kalangan pelancong yang mengunjungi Taman Negara, Pahang. Kuala Terenggan terletak di satu kawasan terpencil. Keadaan itu sedikit sebanyak menyukarkan para pengunjung untuk ke sana. Kedudukannya kira-kira 9.1 km dari Kuala Tahan. Jika melalui Sungai Tembeling, jauhnya kira-kira 12.5 km.

-Retorik Pendedahan-


7. Pengarang mengemukakan cadangan atau gagasan. Gagasan disokong oleh fakta, bukti, contoh, dan data. Sekongan yang diberikan relevan dan rasional.

-Retorik Pemerian-


8. Banglo milik Sazali itu dibina dua tahun yang lalu di atas tanah seluas 8000 kaki persegi. Kawasan banglo dengan landskap ala Bali menjadikan pemandangan di sekitar banglo itu amat menarik. Ada pokok-pokok hijau di sekeliling banglo itu dan sebuah kolam ikan yang menimbulkan suasana yang aman damai.

-Retorik Penceritaan-


9. Alat bantu digital peribadi (PDA) Sybo SJ20 yang bersaiz 2.54 x 7.36 cm ini boleh digunakan sebagai pengganti komputer buku. SJ20 menggunakan perisian Graffito keluaran Palmo. Alat ini boleh membaca dan mengedit fail-fail Excel. Sebelum ini, ciri-ciri demikian hanya terdapat pada komputer peribadi.

-Retorik Pemerian-


10. Penjara Pudu bukanlah satu nama asing bagi warga kota. Kedudukannya yang hampir dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur meningatkan kita tentang keutuhan kubu A Famosa yang berdiri gagah di bandar raya Melaka. Kos pembinaan penjara ini ialah RM320 000, iaitu jumlah yang cukup besar ketika itu.

-Retorik Pendedahan-


11. Pengimport tunggal Bumiputera bagi daging dan makanan laut dari beberapa buah negara Eropah, iaitu Syarikat Osmal Sdn. Bhd., yakin bahawa permintaan bekalan barang tersebut tidak terjejas walaupun berlaku perang. Sebaliknya, pengimport berkenaan menjangka bahawa permintaan terus stabil dan meningkat.

- Retorik Penghujahan-


12. Virus misteri radang paru-paru akibat Sindrom Pernafasan Yang Teruk telah mengorbankan nyawa yang banyak. Sindrom ini menyebabkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, penyakit ini mudah berjangkit dan tiada penawarnya. Kerajaan mestilah mengambil tindakan tegas dengan mengkuarantinkan mereka yang baru pulang dari negara yang dilanda penyakit tersebut.

- Retorik Pendedahan-


13. Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan dahulu wajar diteruskan kerana dasar itu relevan dan penting bagi memajukan Malaysia dalam pelbagai bidang,khususnya dalam bidang teknologi. Hal ini demikian kerana nilai dan etika negara matahari terbit itu sesuai dijadikan model untuk meningkatkan pembangunan negara.

-Retorik Penghujahan-

Monday, July 18, 2016

Retorik

Retorik Pemerian:

Rakan saya, Karim Al-Zema, berusia 26 tahun, sudah berkahwin, mempunyai 2 orang anak, mempunyai rupa paras seperti artis Korea. Kulitnya gelap, tingginya 1.8 meter, dan beratnya 63 kilogram. Matanya rabun tetapi tidak mahu memakai cermin mata, kakinya panjang lebih dari orang lain. Rambutnya seakan-akan Justin Bieber. Ketika berjalan, langkahnya sungguh laju seperti mahu berlumba. Ketika berlari juga, langkahnya mengalahkan langkah lipas kudung berlari.

Retorik Pemujukan:

Perasaan Takut:

Jangan bermain semasa Maghrib, nanti kena culik dengasadn orang bunian.

Perasaan Rasa Bersalah:

"Tidakkah kamu rasa bersalah terhadap ibu kamu? Kamu telah memukulnya dengan kayu yang keras. Kamu tidak ingatkah jasanya semasa kamu kecil dahulu? Dia yang mencari makanan untuk kamu. Tidak pernah dia memukulmu dengan objek yang keras seperti itu."

Retorik Penceritaan:

Hidupku dahulunya tinggal di bawah jambatan. Aku tinggal seorang diri disitu. Sungguh ramai orang yang lalu di situ langsung tidak mengendahkanku. Aku berasa sungguh sedih. Aku anak tunggal, tiada adik beradik. Ibu dan ayahku pergi semasa aku masih kecil. Aku dibesarkan oleh ibu saudaraku. Oleh kerana aku tidak dapat menyambung pengajianku, aku telah menyusahkan mereka. Mereka telah banyak menghabiskan duit untuk aku, tetapi semuanya membazir kerana aku seorang yang malas. Sekarang aku sedar malas adalah penyakit yang sangat merbahaya yang dapat menggagalkan kita semua. Oleh sebab itu mereka membuangku dari rumah mereka. Pihak kerajaan telah membantu orang-orang sepertiku yang tinggal di bawah jambatan. Mereka memberikan peluang pekerjaan kepada kami. Kini aku dapat hidup dengan selesa hasil dari penat lelahku sendiri. Aku telah membuang penyakit malas itu dan kini aku sangat rajin untuk melakukan kerja-kerja.

Retorik Pendedahan:

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, amfibia, dan reptilia.

Retorik Penghujahan:

Malaysia telah menuju ke arah status negara industri. Walau bagaimanapun, masalah kekurangan tenaga teknokrat dan professional merupakan kekangan yang perlu ditangani segera. Masalah ini akan menyebabkan Malaysia ketinggalan berbanding Negara yang telah maju. Laungan Wawasan 2020 pasti hanya akan tinggal sebagai laungan semata-mata.